TARIQAT QADIRIYAH


TARIQAT QADIRIYAH

 PENDIRI Tariqat Qadiriyah adalah Hadhrat SyeikhMuhiyuddin ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih,lahir di Jailan dalam wilayah Tibristan, Parsi dalam bulan Ramadhan pada tahun 470 Hijrah bersamaan 1077 Masihidan wafat di Baghdad pada tahun 561 Hijrah bersamaan 1168Masihi. Nama lengkapnya ialah Abu Muhammad Muhiyuddin Abdul Qadir bin Musa bin ‘Abdullah Al-HusnaAl-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan seorang Wali Allah yang termasyhur di dunia baik di kalangan manusia dan jin, begitu juga amat masyhur di kalangan sekalian Ruh-Ruh dan Malaikat-Malaikat serta di kalangan Para Rijal Ghaib. Beliau memiliki berbagai gelaran antaranya Mahbub Subhani, Qutub Rabbani, Sultanul Auliya Ghauts Tsaqilain dan Ghautsul A’zam.
Beliau adalah Sayyid Hassani dan Hussaini,berketurunan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi Hadhrat Sayyidina Hassan dan Hadhrat Sayyidina Hussain Radhiyallahu ‘Anhuma melalui kedua ibu bapanya.Beliau menerima limpahan ilmu-ilmu Keruhanian meneruskan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Silsilah nasab beliau adalah seperti berikut:
Ghautsul A’zam Qutubul Aqtab Sultanul AuliyaHadhrat Maulana Syeikh Muhyiddin ‘Abdul Qadir Al-JailaniRahmatullah ‘alaih bin Al-Imam Sayyid Abi Saleh Musa Janki Dosti bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-ImamSayyid Yahya Az-Zahid bin Al-Imam Sayyid Muhammad binAl-Imam Sayyid Daud bin Al-Imam Sayyid Musa bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam Sayyid Musa Al-Junbin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah Al-Mahdi bin Al-ImamSayyid Al-Hassan Al-Mutsanna bin Al-Imam Sayyid Al-Hassan As-Sibthi bin Al-Imam Sayyidina ‘Ali KarramallahuWajhahu dan Sayyidatun Nisa Fatimah binti Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Beliau bermazhab Hambali dan amat ‘Alim lagi bijaksana. Mula menuntut ilmu-ilmu agama ketika berusia 17tahun, beliau telah ke Baghdad untuk mencari guru dalamberbagai bidang ilmu dan amat mencintai Ilmu Tasawwuf.Beliau telah mencapai maqam Siddiqin ketika usianya 18 tahun. Pada usia 57 Tahun Beliau mengajar dan berda’wa di Bahgdag.
Tariqat beliau adalah berdasarkan Syari’at kerana beliau amat ‘Alim dalam bidang Fiqih Shafi’i dan Hambali.Beliau mengarahkan para pengikutnya ber‘aqidah dengan‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau telah mendalam iIlmu Tariqat dan Tasawwuf di tangan Hadhrat Syeikh Hammad Ibnu Muslim Ad-Dabbas Rahmatullah ‘alaihi.
Menurut ajaran beliau, jalan untuk mendekatkan dirikepada Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah denganmenyempurnakan segala amalan yang fardhu,memperbanyakkan amalan sunat dan Nawafil siang danmalam menerusi zikir yang berterusan mengingati Zat AllahSubhanahu Wa Ta’ala, memperbanyakkan Selawat ke atasHadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam, menuruti Sunnah, banyak berpuasa,bersedekah, berzuhud dan bermujahadah melawan hawa nafsu sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ini merupakan Tariqat yang berdasarkan Syari’at.
Beliau telah mengarang banyak kitab yang diantaranya :

 Al-Ghuniyah Litalib, Al-Fathur Rabbani, FutuhulGhaib, Sirrul Asrar dan Al-Fuyudhatur Rabbaniyah.
Beliaumempunyai ramai murid dan Khalifah yang telah menyebarluaskan Tariqat beliau. Tariqat Qadiriyah ini banyak tersebar luas di benua Afrika khasnya di wilayah Timbuktu, Sudan dan Afrika Barat. Tariqat ini juga telah lama tersebar di Asia terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Beliau telah memberi nasihat yang amat berharga kepada sekelian pencinta Tasawwuf dan ianya dapat kitahayati dalam nasihatnya kepada anaknya Hadhrat SyeikhAbdur Razzaq Rahmatullah ‘alaih. Dia menasihatinya supaya berusaha mencapai 8 sifat yang merupakan asas bagi Tasawwuf yaitu :
Sakha
– Sifat pemurah seperti Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam.
 Redha
– Sifat berserah seperti Nabi Ishaq ‘Alaihissalam.
Sabar
– Sifat sabar seperti Nabi Ayyub ‘Alaihissalam.
‘Isyarah
– Sifat isyarat seperti Nabi Zakaria ‘Alaihissalam.
Ghurba
– Sifat orang asing seperti Nabi Yusuf‘Alaihissalm.
 Lubs As-Suf
– Sifat memakai pakaian bulu seperti NabiYahya ‘Alaihissalam.
Siyahah
– Sifat bermusafir seperti Nabi ‘Isa ‘Alihissalam.
 Faqir 
– Sifat faqir seperti Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Para Masyaikh Tariqat Qadiriyah telah menetapkan lima dasar kepada para pengikutnya iaitu:

  1.  Tinggi cita-cita
  2.  Memelihara kehormatan
  3.  Memelihara hikmah
  4.  Melaksanakan maksud
  5.  Mengagungkan nikmat dan kesemua dasar tersebutditujukan kepada Allah Subhanahu  Wa Ta’ala semata-mata.

Antara Wazifah yang biasa diamalkan oleh para pengikut Tariqat Qadiriyah ialah seperti berikut:

 Ya ‘Aziz Ya Allah              –   100 kali sesudah Solah Subuh.
Ya Karim Ya Allah           –    100 kali sesudah Solah Zuhur.
Ya Jabbar Ya Allah          –    100 kali sesudah Solah ‘Asar.
Ya Sattar Ya Allah            –    100 kali sesudah Solah Maghrib.
Ya Ghaffar Ya Allah         –    100 kali sesudah Solah ‘Isya
Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah‘alaihi dan sekelian Para Masyaikh Khurasan sentiasa beramal dengan Zikir 12 Nama-Nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mengajarkannya kepada sekalian murid mereka,seperti berikut:
  1. La Ilaha Illa Allah 
  2. Ya Allah
  3.  Ya Hu
  4.  Ya Haqq
  5.  Ya Hayy
  6.  Ya Qayyum
  7.  Ya Qahhar
  8.  Ya Wahhab
  9.  Ya Fattah
  10.  Ya Wahid 
  11.  Ya Ahad 
  12.  Ya Samad

One comment on “TARIQAT QADIRIYAH

  1. assalamualaikum .. apakah boleh untuk di amalkan ?

    Suka

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s