TARIQAT RIFA’IYAH


TARIQAT RIFA’IYAH

PENDIRI Tariqat Rifa’iyah adalah Hadhrat Syeikh AhmadBin ‘Ali Abul ‘Abbas Ar-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 500 Hijrah bersamaan tahun 1106 Masihi dan ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau lahir pada bulan Rejab tahun 512Hijrah yang bersamaan tahun 1118 Masihi di Basrah, Selatan Iraq dan wafat pada 22 Jamadil Awwal 578 Hijrah bersamaan tahun 1183 Masihi di Ummu Abidah, Barat Iraq. Beliau keturunan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan memiliki darah persaudaraan dengan Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al- Jailani Rahmatullah ‘alaihi.
Menurut sejarah hidupnya, ayah beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 419 Hijrah ketika beliau

berusia tujuh tahun, lalu beliau telah dididik oleh bapak saudaranya yaitu Hadhrat Syeikh Mansur Al-Batha’ihi Rahmatullah ‘alaih yang juga seorang Syeikh Tariqat menurut Imam Sya’rani di dalam kitabnya yang berjudul Lawaqihul Anwar.
Beliau juga telah belajar dari seorang lagi bapak saudaranya yang bernama Hadhrat Abul Fadhl ‘Ali Al-Wasithi Rahmatullah ‘alaih mengenai hukum-hukum Islamdalam Mazhab Syafi’i. Beliau telah begitu giat belajar sehingga beliau berusia 27 tahun.
Ada dinyatakan dalam riwayat bahwa para pengikut beliau telah menusukk tubuh  mereka dengan senjata tajam tanpa melukai tubuh badan mereka. Kejadian ini merujuk kepada suatu ketika mana Hadhrat Syeikh AhmadAr-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih pergi untuk menunaikan fardhuHaji di Mekah. Kemudian beliau telah ke Madinah untuk menziarahi Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam.
Tatkala beliau sampai di Maqam Nabi Sallallahu‘Alaihi Wasallam, penjaga Maqam tersebut tidak membenarkannya masuk kerana dia tidak berpakaian seperti seorang Sayyid yakni keturunan Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliaupun mengucapkan,
“Assalamu ‘Alaika Ya Jaddi.” 
 Lalu kedengaranlah suara Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wasallam menjawab,
“ ‘Alaikum Salam Ya Walidi,”
dan keluarlah dua tangan dari Maqam Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifai’ Rahmatullah ‘alaih pun mencium kedua-dua tangan tersebut dan melihat keadaan ini, para pengikut beliau menjadi terlalu kagum lagi takjub, lalu mencederakan diri mereka dengan pisau dan pedang. Namun setelah keadaan itu sudah berlalu, Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifai’ Rahmatullah ‘alaih mendapati ramai yang cedera di sekelilingnya lalu beliau pun menyembuhkan mereka. Beliau merupakan seorang yang wara’ dan sangat merendahkan diri dan suka berada bersama dengan merekayang miskin dan lemah di dalam masyarakatnya.
Tariqat ini telah tersebar hingga ke Syria dan Mesir dan terus berkembang sehingga ke Kosovo dan Albania.Tariqat ini berkembang ke Anatolia pada abad ke 14 dan 15Hijrah menurut catatan Ibnu Battuta Rahmatullah ‘alaih dan terus berkembang ke seluruh pelosok Turki di zaman Kekhalifahan ‘Utsmaniyah.

2 comments on “TARIQAT RIFA’IYAH

  1. Apa yang tidak terlihat oleh mata terasa di hati, sekecil apapun kedzoliman kembali kepada pelakunya lebih berat oleh KuasaNYA,kesombongan menyebabkan api diturunkan ke tempat terendah, hamba tdk ada daya juga tdk ada kuasa, semuanya hanya milikNYA, dan hanya 1 safaat yang dapat menaungi seluruh hambaNYA, Barokalloh fiikum

    Suka

  2. apakah di indonesia tharekat rifai’iyah ini berkembang kalau ada dimana …? mohon infonya, terimakasih

    Suka

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s