TARIQAT SUHRAWARDIYAH


TARIQAT SUHRAWARDIYAH

 PENDIRI Tariqat Suhrawardiyah adalah Hadhrat SyeikhAbu Najib ‘Abdul Qadir As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih,lahir di sebuah tempat yang bernama Suhrawardi Nagardalam wilayah Jibal di Iran pada tahun 1097 Masehi dan wafat pada tahun 1169 Masihi. Dia merupakan seorang Syeikh yang kuat berpegang pada amalan Syari’at Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, bermazhab Syafi’i dan teguh berpegang pada ‘Aqidah Imam Asy-Sya’ari Rahmatullah‘alaih. Beliau mempelajari ilmu agama di Baghdad kemudian mewujudkan sebuah tempat untuk mengajar murid-muridnya di tepi Sungai Tigris.
Pada usianya mencapai 25 tahun, beliau telah meninggalkan pengajiannya dan mengabdikan dirinya dengan kehidupan Tasawwuf dan menjadi seorang murid yang setia kepada Syeikh Ahmad Al-Ghazali Rahmatullah‘alaih yaitu adik kepada Imam Abu Hamid Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih. Beliau pernah mengajar Fiqah Syafi’i di Jami’ah Nizamiyah dan setelah diberhentikan atas tujuan politik, kemudian beliau terus menyambung tradisi pengajiannya di madrasah beliau sendiri dengan mengajar Fiqih, Hadits dan Tasawwuf. Beliau telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Adabul Muridin. 
Ciri Tariqat ini yang paling utama ialah menuruti Sunnah dengan teguh. Tariqat beliau telah disebarluaskan oleh anak saudara beliau yang bernama Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-SuhrawardiRahmatullah ‘alaih yang lahir pada 1144 Masihi dan wafatpada tahun 1234 Masihi. Meskipun ramai yang menyangkaHadhrat Syeikh Abu Najib As-Suhrawardi Rahmatullah‘alaih sebagai pendiri Tariqat Suhrawardiyah, namun yang sebenarnya Tariqat ini telah dibangunkan oleh Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih. Beliaulah yang telah menguatkan Tariqat ini dan menyebarkannya.
Khalifah Nasiruddin Illah pernah menghantar Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih sebagai Dutanya untukmenemui ‘Alauddin Kaikobad I, pemerintah kerajaan Seljukdi Konya, Pemerintah kerajaan Ayyubiyah yang bernama Al-Malikul ‘Adil dan Shah Khwarizmi. Khalifah Nasiruddin telah membina sebuah Ribat yaitu sebuah tempat untuknya melatih para pengikut Tariqatnya.
Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar Al-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah mengarang sebuahkitab Tasawwuf yang menjadi rujukan sehingga kini iaitukitab

‘Awariful Ma’arif.
Beliau menerima limpahan ilmu Keruhanian dari Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-JailaniRahmatullah ‘alaih. Tariqat Suhrawardiyah ini telah tersebar dengan meluas ke serata pelosok Tanah ‘Arab dan di Tanah Hindi. Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih menjadi begitu masyhur menerusi kewibawaannya dengan kitab ‘Awariful Ma’arif 
yang dikarangnya yang telah dijadikan suatu sumber rujukan Tasawwuf dan Tariqat sehingga ke hari ini. Para muridnya telah memperkenalkan ajaran-ajaran beliau keseluruh pelusuk tempat dalam negara-negara Islam khasnyadi benua India dan Pakistan.
Hadhrat Syeikh Sa’adi Rahmatullah ‘alaih, seorang penyair Farsi yang masyhur adalah salah seorang murid beliau sewaktu di Baghdad. Beliau telah menyatakan dalam kitab Syairnya yang berjudul

Bustan,tentang kebaikan dan kasih sayang Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘UmarAs-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih terhadap para muridnya.Hadhrat ‘Abdur Rahman Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa Tariqat Suhrawardiyah ini mempunyaibanyak rantingnya melebihi Silsilah Tariqat yang lain.Hadhrat Syeikh Bahauddin Zakaria Al-Multani (1169-1266)telah membawa Tariqat ini ke India dan Hadhrat Jalalluddin Tabrizi Rahmatullah ‘alaih telah membawa Tariqat ini ke Bengal.
Pada zamannya terdapat seorang lagi ahli Sufi yang bergelar As-Suhrawardi iaitu bernama Syeikh Shahabuddin Yahya As-Suhrawardi, hidup di antara 1153 Masihi hingga1194 Masihi yang digelar Syaikhul Ishraq atau Syaikhul Maqtul, bermazhab Syi’ah dan telah dihukum bunuh kerana telah menimbulkan kontroversi di dalam Tariqat Tasawwuf menerusi teori iluminasi dalam kitabnya  Hikmatul Ishraq.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s