TARIQAT SYADZILIYAH


TARIQAT SYADZILIYAH

PENDIRI Tariqat Syadziliyah adalah Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali Asy-Syadzili Al-Maghribi Al-Hussaini Al-Idrisi Rahmatullah ‘alaih Bin ‘Abdullah Bin‘Abdul Jabbar Bin Tamim Bin Hormuz Bin Hatim Bin Qusyai Bin Yusuf Bin Yusya’ Bin Warad Bin Abi Battal ‘Ali Bin Ahmad Bin Muhammad Bin ‘Isa Bin Idris Bin ‘Umar Bin Idris Bin ‘Abdullah Bin Hassan Al-Mutsanna Bin Abu ‘Ali Muhammad Hassan Bin ‘Ali Bin Abu Talib KarramallahuWajhahu. Beliau adalah dari keturunan Hadhrat Hassan bin‘Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma.
Beliau dilahirkan pada tahun 593 Hijrah bersamaan1195 Masihi di Ghamarah, sebuah perkampungan di Sabtah,Afrika. Beliau mempelajari Ilmu Fiqih dan Tasawwuf di Tunis dan kemudian bermukim di Syadzilah. Beliau telah mengembara ke Negeri Iraq dan telah berguru dengan seorang ‘Ulama terkenal di Iraq yang bernama Hadhrat Syeikh Abul Fattah Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaihi.
Hadhrat Syeikh Abul Fattah Al-Wasiti Rahmatullah‘alaih pernah berkata kepadanya,“Engkau telah datang ke Iraq semata-mata untuk mencari Wali Qutub, sedangkan Wali Qutub yang engkau cari itu  berada di negaramu sendiri. Karena itu engkau pulanglah dengan segera ke negara asalmu, pasti engkau akan menemuinya.”
Setelah itu Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘AliAsy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih pun pulang ke negaranya dan akhirnya telah bertemu dengan Wali Qutub yang dimaksudkan yang bernama Hadhrat Syeikh Wali ‘ArifSiddiq Qutub Ghauts Abu Muhammad ‘Abdus Salam BinBashish As-Syarif Al-Hassani Rahmatullah ‘alaihi.
Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaihi telah menceritakan:“Ketika aku mula-mula datang menemui Syeikh Abu Muhammad di desa Magharah, aku dapati beliau hanya tinggal di sebuah pondok kecil yang terletak di suatu puncak bukit di desa tersebut. Sebelum menemui beliau, aku telah mandi terlebih dahulu di sebuah sumur yang terletak di kaki bukit itu. Setelah itu barulah aku mendaki bukit tersebut untuk menemui beliau sebagai seorang yang sangat memerlukan ilmu dan petunjuk dari pada seorang Guru.
Tiba-tiba dengan tanpa ku duga, beliau telah turun daripuncak bukit sana untuk menemuiku.
Ketika melihatku beliau lantas berkata,“Selamat datang ‘Ali Bin ‘Abdullah Bin ‘Abdul Jabbar.”
Beliau kemudiannya telah menyebut nasab keturunanku sehingga bersambung kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Beliau berkata lagi kepadaku,“Wahai ‘Ali, kami tahu bahwa datangnya engkau kepada kami pada hari ini adalah sebagai seorang yang tidak berilmu dan kurang amalannya. Justeru itu, pengembaraan engkau  bertujuan ingin mengambil dari kami kekayaan Dunia dan Akhirat.”
Setelah itu timbullah rasa kagumku terhadap beliaudan aku telah menetap bersama-sama beliau di puncak bukit tersebut untuk beberapa hari. Di sanalah Allah SubhanahuWa Ta’ala telah membuka pandangan Basirahku dan matahatiku. Justeru itu aku telah dapat menyaksikan berbagai Karamah yang menyalahi adat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada beliau.”
Suatu ketika gurunya Hadhrat Syeikh Wali ‘ArifSiddiq Qutub Ghauts Abu Muhammad ‘Abdus Salam Bin Bashish As-Syarif Al-Hassani Rahmatullah ‘alaih telah berkata kepada beliau,“Wahai ‘Ali, pergilah engkau ke Afrika dan tinggallah di sana di sebuah kota yang diberi nama Syadzilah kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menamakan engkau dengan nama Asy-Syadzili. Setelah itu engkau hendaklah berpindah ke kota Tunis dan semasa di kota tersebut engkau akan mendapatkan ujian oleh Allah SubhanahuWa Ta’ala melalui pemerintahnya. Kemudian hendaklah engkau berpindah pula ke sebuah negeri yang berada disebelah Timur. Di sanalah engkau akan mewarisi martabat Wali Qutub.”
Kata Hadhrat Imam Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih,“Aku katakan kepada guruku Syeikh Abu Muhammad, “Wahai guruku, berikanlah wasiatmu kepadaku.”
Lalu Guruku berkata,“Allah Allah! Hendaklah engkau memelihara lidahmu dari pada memperkatakan tentang aib manusia.Sucikanlah hatimu dari pada terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan maksiat yang dilakukan oleh mereka.”
“Peliharalah anggotamu dan tunai kanlah segala amalan Fardhu yang diwajibkan kerana dengan ini engkau akan mendapat pemeliharaan dan pengawasan yang sempurna dari pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
“Janganlah engkau mengingatkan manusia melainkan dengan hak-hak mereka yang mesti engkau tunaikan, yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu WaTa’ala ke atas dirimu karena sesungguhnya dengan ini akan sempurnalah sifat Wara’ engkau. Berdoalah engkau dengan kalimah-kalimah berikut:”
“Ya Allah! Rahmatilah daku dengan memeliharadiriku daripada sibuk menyebutkan segala keaiban manusia,

kepincangan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka.Selamatkanlah daku daripada kejahatan mereka. Engkau cukupkanlah daku dengan anugerah kebaikanMu dar ipada mengharapkan simpati kebaikan mereka. Engkau jadikalanlah daku sebagai pemimpin mereka dengan keistimewaan-keistimewaan yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.”
Beliau wafat pada bulan Syawal pada tahun 656Hijrah bersamaan 1258 Masehi ketika berusia 63 tahun dipadang pasir ‘Aidzab sewaktu melakukan perjalanan Haji ke Baitullah dan beliau telah dikebumikan di Humaythra,Mesir.
Tariqat beliau merupakan lanjutan dari Tariqat yang dibawa oleh Hadhrat Abu Madyan Syu’aib Rahmatullah‘alaih yang wafat pada tahun 594 Hijrah bersamaan 1198 Masehi dan maqamnya kini berada di Algeria.
Kitab karangan beliau tentang adab Tasawwuf berjudul Al-Amin

dan As-Sirrul Jalil Fi Khawwasi Hasbunallahi Wa Ni’mal Wakil.
Antara pengikutnya yang masyhur ialah Abul ‘Abbas Al-Mursi Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Syeikh Ibnu ‘Ataillah Iskandari Rahmatullah ‘alaihyang mengarang kitab Al-Hikam.
Tariqat ini banyak berkembang di Tanah ‘Arab dan dibagian utara Afrika terutamanya di Maghribi (Marokko).Ramai Para Masyaikh di Universiti Al-Azhar di Mesir menjadi pengikut Tariqat Syadziliyah.

One comment on “TARIQAT SYADZILIYAH

  1. saya sangat terharu membaca riwayat nya.dan saya pun langsung ikut baiat toreqoh di tempat ponpes bambu runcing paraan temanggung.yang di asuh oleh KH MUHAIMINAN GUNARDO

    Suka

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s