Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengurniakan IlmuKeruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman Al-FarisiRadhiyallahu ‘Anhu.Di zaman Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang Tabi’in yang bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu.
juga telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke Makkah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zamanyang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih telahmembangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.
Di dalam kitab‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan bahwa di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni AbiTalib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan perhimpunan jemaah-jemaah di mana upacara Bai’ah dilakukan dan majlis-majlis zikir pun turut diadakan.
Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan,aliran, cara, garis, kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan,mazhab, sistem kepercayaan dan agama. Berasaskan tiga huruf yaitu huruf
Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh yang menyatakan bahwa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti Redha dan
Qaf bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat ialah Taraiq atau Turuq
yang bererti tenunan dari bulu yang berukuran 4 hingga 8 hasta dan dipertautkan sehelai demi sehelai.
Ayat ini menerangkan bahwa Allah hanya akanmenunjukkan jalanNya kepada mereka yang tidak kufurdan tidak melakukan kezaliman.
2. Surah An-Nisa ayat 169 –
” Kecuali jalan ke Neraka Jahannam, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, dan yang demikian ituadalah mudah bagi Allah.”
Ayat ini menerangkan bahwa jalan yang dipiliholeh orang-orang kafir itu hanya akan membawa merekakekal di dalam Neraka Jahannam.
3. Surah Taha ayat 63
” Mereka berkata: “Sesungguhnya dua orang ini adalahbenar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu darinegeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkankedudukan kamu yang utama.”
Maksudnya, ahli-ahli sihir Firaun itumenganggap bahawa kedatangan Hadhrat Nabi Musa‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Harun ‘Alaihissalam keMesir itu ialah hendak menggantikan Firaun dan orang-orangnya sebagai Penguasa di Mesir. Sebahagian AhliTafsir mengartikan Tariqat di sini dengan keyakinan(Agama).
4. Surah Thaha ayat 77
” Dan Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa:”Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) dimalam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khuatir akan tersasuldan tidak usah takut (akan tenggelam)”.
Membuat jalan yang kering di dalam laut ituialah dengan memukul laut itu dengan tongkat. HadhratBaginda Nabi Musa ‘Alaihissalam telah dikurniakanMukjizat oleh Allah pada tongkatnya. Lihat ayat 63 SurahAsy-Syu’ara.
5. Surah Thaha ayat 104
” Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketikaberkata orang yang paling lurus jalannya di antaramereka: “Kamu tidak berdiam (di Dunia), melainkanhanyalah sehari saja”.
Yang dimaksudkan dengan lurus jalannya, ialahorang yang agak lurus fikirannya atau amalannya diantara orang-orang yang berdosa itu. Kami lebihmengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata
orang yang paling lurus jalan Tariqatnya di antaramereka, “Kamu tidak berdiam di Dunia melainkanhanyalah sehari sahaja.”
6. Surah Al-Ahqaf ayat 30 –
Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kamitelah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telahditurunkan sesudah Musa, yang membenarkan Kitab- Kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenarandan kepada jalan yang lurus.
Yakni mereka berkata, “Hai kaum kami,sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab Al-Quran yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan Tariqat yang lurus.”
7. Surah Al-Mukminun ayat 17 –
” Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamutujuh buah jalan (tujuh buah langit), dan Kami tidaklahlengah terhadap segala ciptaan.”
Yakni sesungguhnya Allah telah menciptakan diatas kita tujuh buah jalan-jalan Tariqat (tujuh buah lapisan langit) dan Allah tidaklah lengah dan lalai terhadap sekelian ciptaanNya.
8. Surah Al-Jin ayat 11 –
” Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikianhalnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda.”
Yakni di kalangan manusia dan jin ada orang-orang yang Salih dan di antara mereka ada pula yang tidak demikian halnya, mereka menempuh jalan Tariqatyang berbeda beda.
9. Surah Al-Jin ayat 16 –
” Dan bahwasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus diatas jalan itu (Agama Islam), benar-benar Kami akanmemberi minum kepada mereka air yang segar (rezekiyang banyak).”
Tariqat menurut istilah di kalangan ‘Ulama Tasawwuf berarti:
1) Jalan kepada Allah dengan mengamalkan Ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasawwuf.
2) Cara atau kaifiyat mengerjakan sesuatu amalan untukmencapai sesuatu tujuan.
Pengertian Tariqat sebagaimana yang berkembang dikalangan ‘Ulama Ahli Tasawwuf yaitu jalan atau petunjuk dalam melaksanakan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan yang dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh Para Sahabatnya,Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan berterusan turun-temurun sampai kepada Guru-Guru, ‘Ulama-‘Ulama secara bersambung dan berantai hingga pada masa kita ini.
”Istilah Tariqat ini muncul pada kurun ketiga Hijrah,walaubagaimanapun pengamalan Tariqat di zaman Nabi dan Para Sahabat masyhur dengan nama As-Sunnah yaitu menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan Batin.
Tariqat bertujuan menghidupkan kembali jalan-jalan untuk menuruti segala Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik mungkin.
Pada awal mulanya Islam tidak mengenal ilmu atau gerakan Batin yang pada waktu ini biasa dinamakan Mistik. Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membawa Al-Quran yang mengajarkan bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu pembuat undang-undang dan Hakim dalam memberi perintah Amar yang harus dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan Nahi yang harus dijauhkan oleh hambaNya. Maka olehkerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas perintahNya, dia akan dihukum dengan siksaan.”
Seterusnya beliau menulis bahawa perasaan Mistik ini sudah terdapat dalam kalangan Ummat Islam sejak abad ke 2Hijrah dan antara sifat-sifat dari aliran Mistik ini yang tampak kentara ialah kehendak untuk mengasingkan diri dari Dunia ini, kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafazyang tertentu mengenai puji-pujian, penyerahan diri yang tidak terbatas yakni bertawakkal kepada Tuhan sehingga tidak acuh lagi kepada Dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri sehinggakan dia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang terhadap kewajiban duniawi.
Seseorang Mistik yang sesungguh-sungguhnya hanyameletakkan seluruh hidupnya kepada Allah. Mereka jugaberjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang laindengan pakaian compang-camping kerana inginmerendahkan diri dalam segala hal terhadap Allah. Mereka acap kali bertapa bersepi diri dengan memakai pakain dari kulit-kulit berbulu seperti bulu kambing yang disebut Suf, maka mereka pun diberikan gelaran Sufi bagi menunjukkan kehidupan Mistik mereka. Ada aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, mencari daya upaya untuk mendapatkan suatu keadaan Fana, lenyap dari segala perasaan keduniaan dengan maksud untuk berdamping dengan Tuhan menerusi amalan Muraqabah dan Musyahadah, bersatu dalam kasih sayang dengan Penciptanya.
Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan Ghaib dan ada juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus menerus mengingat Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau muzik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang melenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain sehingga mereka mencapai kepuasan jiwa menurut kehendaknya.
Bermula dari kurun ketiga Hijrah Ummat Islam ituterdiri dari golongan ‘Ulama, Asfiya, Umara dan ‘Awam.Para ‘Ulama adalah pewaris Nabi dan mereka bertanggungjawab memelihara Syari’at Allah Subhanahu WaTa’ala. Para Asfiya adalah Para Sufi yang menjadi pewarisMa’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertanggungjawab memelihara Haqiqat. Umara adalah golongan pemimpinyang memimpin sesebuah negara Islam. Golongan ‘Awam pula adalah rakyat biasa yang beragama Islam.
Para Asfiya adalah ‘Ulama yang mengutamakan Tasawwuf dalam setiap hal dan keadaan kerana Allah kasih kepada orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa mensucikan diri. Mereka mula membentuk serta menyusun sistem dan sukatan pelajaran bagi orang-orang yang cenderung untuk tunduk dan patuh mengamalkan Agama Islam seperti mana Para ‘Ulama Mujtahidin yang telah menyusun sistem perundangan Syari’at. Agama Islam adalah agama sempurna yang menyeluruh dan meliputi seluruh bidang kehidupan manusia dan untuk.
menghayatinya memerlukan kesepaduan ilmu-ilmu Syari’at,Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat barulah seseorang itu akan mencapai kedudukan yang sempurna di sisi AllahS ubhanahu Wa Ta’ala. Kesepaduan Ilmu itu adalah seperti berikut:
SYARI‘AT – Ilmu Zahir iaitu pengetahuan tentangperintah-perintah dan larangan-larangan AllahSubhanahu Wa Ta’ala serta hukum ahkam.Pengetahuannya dapat diperolehi menerusi IlmuFeqah yang telah disusun oleh Para ‘Ulama Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik,Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu HambalRahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits,Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at.
TARIQAT– Ilmu Batin Syari’at dan ianya adalah menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik mungkin kerana menerusi pengamalan yang betulakan melahirkan Akhlak Muhammadiyah yaitu tatakrama dan tingkah laku yang baik serta adab kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk.Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi menerusi Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya setelah mengambil Bai’ah dengan Guru Murshid menerusi jalan Tariqat yang muktabar seperti Naqshbandiyah,Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syadziliyah atau Chistiyah.
MA’RIFAT– Ilmu Batin iaitu pengetahuan tentangZat Allah Yang Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta Hikmah-HikmahNya. Ilmu ini dapat diperolehi menerusi IlmuTauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batinyakni Tariqat kerana Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin maka ianya memerlukan amalan Batin.
HAQIQAT– Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagaiperumpamaan, “Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqatbagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqatbagaikan buah.”
Ilmu Haqiqat ialah mencapa ikeyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya,hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya beserta HikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita hasil pengertian sebenarnya akan hakikat beragama.
TASAWWUF ialah menyucikan Batin dengan cahayaMa’rifat dan Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alayang mana dengannya akan terhasillah akhlak kehambaanyang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sumberperkataan Tasawwuf telah lama diperdebatkan dan telahmasyhurlah di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawwuf yang menjelaskan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari perkataan
Saf yang bererti suci dan tulus seperti mana Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada mengatakan bahwa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus
(Safa)
terhadap Tuhan.”
Para Sufi adalah orang-orang yang mengamalkan Tasawwuf dan mereka dinamakan sebagai Para Sufi kerana kemurnian dan kebersihan hati serta akhlak mereka yang baik. Mereka adalah orang-orang yang tulus hatinya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mendapat Rahmat yang khusus dariNya. Perkataan
Saf merupakan kata Masdar yang bermakna suci dan perkataan Tasawwuf adalah kata terbitan pada timbangan wazan Tafa”ul memberikan pengertian Takalluf yang bermakna penyucian yakni melakukan suatu amal perbuatan serta tindakan untuk menyucikan sesuatu. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari perkataan Saf Al-Awwal yang bererti ahli barisan yang pertama di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana besarnya keinginan dan kecenderungan hati mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala rahsia diri mereka hanya ada di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Mereka juga sentiasa berusaha mendapatkan saf yang pertama di dalam Solat berjemaah.
Para Masyaikh menta’birkannya dengan berbagai perumpamaan seperti orang yang sentiasa bersegera ke arah kebaikan dan kebajikan serta sentiasa bersedia berjihad dan berada di barisan yang hadapan. Para Sufi yang benarsentiasa berusaha meletakkan diri mereka dalam perhatian Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka amat cenderung untuk mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mereka tahu bahwa Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’alayang khas ada terdapat di dalam melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan AllahSubhanahu Wa Ta’ala dengan menuruti tindakan yang telah disunnahkan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah orang-orang yang berada di saf yang awal. Ada yang mengatakan bahwa itu berasal dari kalimat Ashab As-suffa yaitu sifa para Sufi menyamai sifa sifa orang yang tinggal diserambi Masjid.
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam. Mereka adalah Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallamyang mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah jugaredha kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang faqirterhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hidup merekahanya bergantung penuh denganNya menerusi doa munajat,sabar dan tawakkal. Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi Ahli Suffah amat tinggi derajat mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mereka sentiasa memenuhkan masa mereka dengan zikir dan ibadah. Mereka juga gemar berpuasa.
Di sebabkan hidup mereka yang sebatang kara,mereka lebih senang tinggal di serambi masjid kerana dekatuntuk mereka bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketikaSolat dan menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Antara mereka yang masyhur adalah Hadhrat Bilal Ibni Rabah,Hadhrat Salman Al-Farisi, Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Khabbab Ibni Al-Arat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.
Para Sufi yang mulia sentiasa menjadikan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in sebagai panduan dalam kehidupan mereka kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya bahwa,
“Persamaan yang ada pada diri Para Sahabat adalahibarat bintang-bintang, barangsiapa mengikuti merekanescaya akan dipimpin ke jalan yang lurus.”
Perkataan
Tasawwuf itu terdiri dari empat huruf yaitu
Ta, Sad, Waw dan
Fa.
Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, huruf Ta itu adalah dar ikata
At-Taubah dan Taubat itu terbagi kepada dua yaitu
Taubat Zahir dan
Taubat Batin. Taubat Zahir adalah manusia kembali dengan seluruh badannya yang zahir dari dosa dan sifat tercela kepada ketaatan, dari keingkaran kepada penyerahan menerusi penyucian hati. Apabila seseorang itu telah berhasil menukarkan segala sifat yang buruk dalam dirinya kepada sifat yang terpuji, maka sempurnalah dia menempuh maqam
Ta.
Huruf Sad diambil dari As-Saffa yang artinya bersih. Bersih terbagi kepada dua yaitu bersih Qalb dan bersih Sirr. Bersih Qalb artinya membersihkan hati dari kekotoran Sifat Basyariah yaitu sifat-sifat manusiawi seperti syahwat yang didorong oleh hati, banyak makan dan minum, banyak tidur dan banyak berbicara, menyenangi benda dunia sepert iusaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan dan mencintai anak-anak dan kaum keluarga secara berlebihan.
Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini hanya dapat terhasil dengan tetap melaksanakan zikir yangtelah ditalqinkan oleh Guru Murshid. Bila hati telah dibersihkan maka akan terukirlah di dalam hati gambaran ghaib dari kebaikan maupun keburukan seperti mana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mafhumnya, “Orang ‘Alim itu mengukir dan orang ‘Arif membersihkannya.”
Adapun bersih Sirr ialah menjauhi segala sesuatu selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lidah rahsia di dalam rahasia dirinya. Apabila seseorang itu berhasil mencapai sifatyang sedemikian maka sempurnalah baginya maqam Sad.
Adapun huruf Waw diambil dari lafaz Al-Wilayah dan ia nya merupakan tertib dalam menjalani penyucian hati.yang mana seseorang itu akan mencapai maqam kewalian.Seperti mana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalamAl-Quran pada Surah Yunus ayat 62 yang bermaksud.
Ingatlah, sesungguhnya Para Wali Allah itu tidak adakekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula merekabersedih hati, mereka mendapat khabar gembira dalamkehidupan di Dunia dan dalam kehidupan di Akhirat.
Natijah dari Al-Wilayah atau Kewalian ini yang mana seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak Allah TabarakaWa Ta’ala sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ,“Takhallaqu Bi Akhlaqillahi Ta’ala,” yang bermaksud, berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Seseorang itu hanya dapat mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila dia telah menghilangkan sifat-sifat Basyariah dalam dirinya seperti mana firman AllahSubhanahu Wa Ta’ala di dalam Hadits Qudsi,
“Apabila Aku mencintai seorang hamba maka Akuakan menjadi pendengarannya dan penglihatannya dan lidahnya dan tangannya dan kakinya. Maka denganKu dia mendengar dan denganKu dia melihat dan denganKu diabicara dan denganKu dia marah dan denganKu dia berjalan.”
Maka hendaklah kita membersihkan diri dari selainAllah Subhanahu Wa Ta’ala kerana firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 81 yang bermaksud,
“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
Yakni katakanlah! Bahawa telah datang yang Haq dan telah lenyaplah yang Batil, sesungguhnya yang Batil itu pasti lenyap. Apabila seseorang itu telah mencapai ke tingkatan kewalian ini maka dia telah berhasil mencapai maqam Waw.
Huruf Fa diambil dari perkataan Al-Fana yang artinya peleburan diri pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Apabila seseorang Salik telah meleburkan sifat Basyariah kemanusiawiannya maka akan tinggal sifat Ahadiyah dalam dirinya. Sifat Ahadiyah adalah sifat Allah Subhanahu WaTa’ala yang tidak akan rosak dan hilang.
Maka kekallah seseorang hamba itu dalam keadaan fana bersama Tuhan Maha Pemelihara yang kekal danmendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kekallah hati yang fana bersama dengan rahsia yang kekaldan perumpamaannya seperti mana firman Allah SubhanahuWa Ta’ala dalam Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud,
“Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah,Tuhan apapun yang lain, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah, bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan.”
Ayat ini ditakwilkan dengan keredhaan terhadap apayang dapat menghadapkan diri kita kepadaNya dari amalan yang Salih demi mengharapkan WajahNya dan KeredhaanNya. Maka kekallah orang yang diredhai bersama dengan yang meredhai. Dengan mengerjakan amalan yang Salih akan hiduplah hakikat insan dalam diri seseorang.
Apabila telah sempurnanya Fana, akan terhasillahBaqa yang ertinya abadi di Alam Qurbah. Itulah merupakanmaqam Para Nabi dan Para Wali di Alam Lahut. Seseorang yang telah mencapai fana, dia perlu menempuh Al-Faqru yakni kefakiran dan setelah dia berhasil menempuh maqam Faqir di mana pergantungannya pada Allah telah sempurna maka kekallah Sufi dengan Al-Haq Subhanahu Wa Ta’alaabadi selamanya. Yang dimaksudkan dengan faqir di sini bukanlah faqir terhadap harta benda, tetapi faqir terhadap Rahmat dan Kurnia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Al-Faqru Fakhri”.
Yang bermaksud, “Kefakiran itu adalah kebanggaanku.”
MEnurut pendapat saya ilmu tasaop itu peenting bagaikan jasad dan ruh yang tidak bisa di pisahkan.menurut pegertian tasaup adalah memilihara diri dari perbuatan dosa kecil dan besar.sedangkan ilmu tariqat adalah.suatu ilmu menuju jalan keridaan allah dengan haqiqat hidup untuk berama untuk persiapan menuju alam yang haqiki.akhirat.
SukaSuka
Assalamu’alaikum wr.wb admin sy ijin baca2 artikelnya.. semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah Allah s.w.t. Aamiin
SukaSuka